Lembaga Hitam Melintas Sebelum Treler Terbabas Di LPT2


DUNGUN — Sebuah treler bermuatan bijih besi terbabas dan terbalik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) kerana pemandunya mendakwa terlihat kelibat “lembaga hitam” melintas.

 

Bagaimanapun, Saiful Fakri M Saidi, 25, dan kelindan yang juga adiknya, Saiful Hairi, 18, hanya cedera ringan dalam kejadian di kilometer 342.7 selepas susur keluar Kuala Dungun jam 3 pagi kelmarin.

 

“Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit.

 

“Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

 

Mangsa juga mendakwa mengalami kejadian pelik apabila ternampak kelibat seorang wanita melambai-lambai kearahnya.

 

“Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.

 

“Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurkan treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan,” katanya.

 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut. – MalayMail


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.