Minta Henti Spekulasi Cinta Dengan Fattah, Neelofa Dikecam Netizen

KUALA LUMPUR – Pelakon dan Pengacara, Neelofa yang meminta peminat dan media menghentikan spekulasi cintanya dengan Fattah menerima kritikan daripada netizen.

 

Terdahulu, Rotikaya melaporkan, menerusi akaun Instagramnya, Neelofa meluahkan rasa hati mengenai tekanan yang dihadapinya apabila sering diasak dengan isu itu seolah seperti dipaksa untuk bercinta dengan pelakon itu.

 

Malah, pelakon itu turut mengakui emosinya terganggu dek kerana spekulasi cinta bersama Fattah Amin semakin bertebaran di laman sosial dan meminta memberikannya ruang.

 

“Saya dan Fattah juga sudah berbincang mengenai hal ini dan diharap akan diberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Kami tak mahu rasa dibebani dengan apa yang ditulis di laman maya dan juga akhbar. Kami juga tak mahu rasa seperti bertanggungjawab di atas tekanan ini semata-mata hanya untuk menggembirakan hati peminat kami semua,”

 

“Kalau cerita membabitkan saya, boleh diterima. Tetapi jika membabitkan keluarga sendiri dan orang lain, ia sangat tidak cool. Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding dengan keluarga,” katanya, petik BH.

 

 

Dalam pada itu, ramai netizen mengecam tindakan Neelofa dan berkata peminat bukan sengaja membuat spekulasi itu, sebaliknya mendakwa pelakon itu seringkali memuat naik video di dalam instagramnya bersama Fattah.

 

“Aii…dia yang selalu letak gambar dengan Fattah dan video-video dalam Instagram, cakap peminat atau media pulak yang salah. Dah kau yang beria letak,”kata Noradila Zakaria.

 

Seorang lagi pelayar media sosial berkata, tekanan yang didakwa Neelofa itu berkemungkinan disebabkan tidak tahu untuk memilih mana satu pilihan hatinya.

 

“Entah-entah sebab YDP Agong naik, dia sengaja pulak nak tutup cerita ni pastu salahkan peminat dan media, sengal!,”tulis Iziyati Abdullah.

 

Dalam pada itu, SuaraTV masih mendapatkan respons daripada Neelofa berhubung perkara ini.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *