Lelaki Dikecam Hina Agong Solat Di Masjid

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menghina Agong Sultan Muhammad V yang bersolat di Masjid menerima kecaman daripada netizen hari ini.

 

Mohd Faiz menerusi Facebooknya menulis status tidak puas hatinya terhadap Agong yang bersolat di Masjid dan mempersoalkan tindakan itu tidak wajar dan ia diluar kebiasaan dilakukan oleh Agong sebelum ini.

 

“Tidak ada salahnya menjadi seorang Agong yang rajin beribadah, cuma nak bagitahu kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak jawatan sebagai Agong.

 

“Jawatan Agong ada tanggungjawab Horizontal, jawatan ahli ibadah ada tanggungjawab vertical. Itu sahaja. Yang hangpa kafirkan aku ni dah kenapa…?”katanya.

 

Katanya, Sultan Muhammad V yang menunjukkan amalan spiritual sahaja tidak cukup membahagiakan rakyat.

 

“Model Sultan Kelantan menunjukkan soleh spiritual tidak cukup membahagiakan rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan. Dia rajin solat, so what? rakyat dapat apa?”soalnya lagi.

 

Bagaimanapun, ramai netizen yang mengecam tindakan Mohd Faiz yang bukan sahaja mempertikaikan ketaatan baginda, malah turut mencabar institusi Raja-raja Melayu.

 

“Hei siapa kau nak ‘judge’ Agong, apa masalah kau sebenarnya ha?,”tulis Agil.

 

Noraini turut menulis “Aku rasa kau ni dah tersasar jauh dah ni. Kau sedap-sedap cakap Agong macam tu. Kau ni kira dah menghina Agong kau tau tak?,”tulisnya.

 

Sehubungan itu, SuaraTV masih mendapatkan maklumbalas daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk tindakan selanjutnya. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *