Archive for December, 2016


December 31, 2016 10:15 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

BAGAN SERAI ― Seorang warga emas kerugian RM30,000 apabila barang kemas dan wang tunai RM200 miliknya dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja rumah kebajikan di sini, semalam.   Kejadian kira-kira 11 pagi itu berlaku di rumah mangsa di Tebuk Matau, Simpang Empat, Semanggol dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob. […]


5:38 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA TERENGGANU – Lebih 1,000 pelajar di 33 sekolah di lima daerah di Terengganu tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017 esok berikutan banjir sejak awal pagi Sabtu.   Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda […]


5:25 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos menawarkan diri bagi kerusi presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Sabtu.   Tindakan itu dibuat susulan perletakan jawatan mantannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat.   “Setelah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan Sebagai Presiden FAS.   “Hari ini 31.12.2016 […]


5:21 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KOTA BHARU – Seramai 501 orang daripada 120 keluarga dari daerah Jeli dan Kuala Krai dipindahkan ke enam pusat pemindahan banjir sehingga tengah hari Sabtu.   Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Husin berkata mereka dipindahkan secara berperingkat sejak pukul 8 pagi apabila kawasan kediaman mereka yang terletak di lokasi rendah dinaiki air sedalam […]


11:52 am - Abdul Mursyid Zainuddin

JAKARTA – Indonesia mengikut jejak langkah Malaysia untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Islam Rohingya di Myanmar, lapor agensi berita Antara.   Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika ditemui di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta Utara, berkata, misi kemanusiaan tersebut melibatkan penghantaran bahan makanan segera, makanan bayi, gandum dan pakaian.   “Saya berharap etnik minoriti Rohingya di […]


11:49 am - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semakin parah apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS yang disandangnya sejak Disember 2014.   Dalam satu kenyataan bersama-sama bekas pengurus skuad Liga Super Selangor Amirudin Shari, beliau mendakwa bahawa exco FAS sedia ada masih mengekalkan sikap dan budaya lama […]


1:22 am - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 38 melahirkan rasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat II.   Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard melalui akaun Facebook berkata mereka telah membuat keputusan untuk berhenti meneruskan gerakan bagi mendesak pembebasan Anwar.   […]


December 30, 2016 6:58 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang didakwa telah mencapai kata sepakat memilih Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).   Memetik laporan Utusan hari ini, menurut perjanjian itu juga, Dr Mahathir dilaporkan bersetuju dengan cadangan melantik Lim Kit Siang […]


4:53 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi legenda tanah air, Tan Sri SM Salim, 88, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada 2.45 petang tadi.   Terdahulu, jenazah penyanyi veteran yang berada di kediamannya di Ukay Perdana dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.   Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara […]


4:07 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PETALING JAYA – Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber yang memberitahu FMT.   Sumber memberitahu FMT, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.   FMT […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.