Video : Penunjuk Perasaan Bakar Patung Trump

LOS ANGELES – Protes masih berlaku di Amerika disebabkan kemenangan yang mengangkat calon republikan, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat.

 

 
Memetik laporan CNN, ada sekumpulan penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi jalanan membakar patung Trump.

Seramai 3,000 orang menyertai demonstrasi di ibu kota itu dan 28 orang telah ditangkap kata jurucakap polis Los Angeles, Liliana Preciado.

 

 

Katanya, terdapat beberapa kerosakan harta benda, tetapi ia terlalu awal untuk mengetahui sejauh mana perkara itu.

 

 
Datuk Bandar Eric Garcetti  dalam satu kenyataan berkata, terdapat penunjuk perasaan ini berjalan dan membaling objek ke lebuhraya dan perkara itu adalah berbahaya bagi pejalan kaki dan pemandu.

 

 

Katanya, polis akan mengambil tindakan kepada penunjuk perasaan yang merosakkan harta benda.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *