Video : Harga Minya Masak Kekal – Hamzah

PUTRAJAYA – Kementerian Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tetap mengekalkan harga minyak masak bagi subsidi minyak masak untuk dinikmati golongan sasaran.

 

 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin Berkata, penstabilan harga minyak masak berkuatkuasa mulai 1 November ini.

 

“KPDNKK mengambil alih pengurusan skim penstabilan harga minyak masak dari kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bermula 1 November ini.

 

 

“Ia bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak untuk dinikmati golongan sasaran,”katanya di bangunan KPDNKK disini, hari ini.

 

 

Katanya, harga jualan bagi minyak masak 1 pek 1 Kilogram ditetapkan pada harga RM2.50/kg.

 

 

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pihaknya turut meminta orang ramai supaya melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya ada peruncitan yang sewenangnya menaikkan harga barangan kawalan tersebut.

 

 

Terdahulu, kerajaan mengekalkan harga jualan dengan menstrukturkan semula jumlah subsidi bagi membolehkan harga pasaran ini dikekalkan.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *