Video : Polis Dah Tahan Jamal, Ambiga Dan Maria Bila Lagi? – Armand

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah meminta polis berlaku adil dan turut menahan penganjur Bersih 2.0 yang dikatakan tidak mendapat permit untuk melakukan konvoi Bersih 5 pada 19 November nanti.

 

Armand berkata, mengapa hanya penangkapan hanya dilakukan terhadap Jamal sahaja dan bukan ke atas dua penganjur Bersih 5.

 

“Polis boleh menahan Jamal, tetapi mereka juga perlu adil dengan menangkap pimpinan Bersih seperti Maria Chin Abdullah dan Ambiga,” katanya.

 

Armand Azha berkata, perhimpunan solidariti akan diadakan malam ini di hadapan IPD Dang Wangi bagi menyokong Jamal.

 

“Malam ini juga kita akan adakan solidariti,”katanya.

 

Terdahulu, Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos direman 2 hari, mulai hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

 

Jamal disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *