Selebriti Media Ditahan, Didakwa Jual Diri RM30,000

KUALA LUMPUR — Seorang selebriti media sosial ditahan bersama seorang ahli perniagaan berhubung siasatan yang dipercayai berkaitan pelacuran kelas atasan.

 

Menurut portal Utusan Online hari ini, wanita berusia 20-an itu mengenakan bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pelanggannya, termasuk golongan elit kenamaan (VVIP).

 

Wanita itu, yang dikatakan mempunyai syarikat perniagaan di Lembah Klang, didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja.

 

Ditahan di sebuah hotel mewah di Damansara dekat sini awal minggu ini, wanita itu yang mula terlibat dalam kegiatan pelacuran sejak tahun lalu dan pelanggannya disiasat bawah Enakmen Jenayah Syariah.

 

“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” kata satu sumber kepada portal tersebut.

 

Namun, akhbar itu tidak menyatakan sama ada siasatan itu dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Agama Islam Selangor Wilayah Persekutuan (Jawi).

 

ProjekMMO dimaklumkan Jawi tidak menyiasat kes tersebut, sementara Jais belum memberikan kenyataan setakat ini. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *