Selena Gomez Disambut 100 Peminat di KLIA

SEPANG – Penyanyi remaja terkenal, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur untuk konsert Revival Tour di Malaysia.

 

Penyanyi beraksi lincah di pentas itu tiba pada 8 malam tadi dan disambut hampir seratus peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

 

Penyanyi yang popular dengan lagu “Hands to Myself” itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam Isnin.

 

Kuala Lumpur merupakan destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta, Sabtu lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *