Video: Bukan Superman, Spiderman, Tapi Budiman Akan Datang ‘Repair’

Sungai Besar – Calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berjanji akan membaiki pasar awam di Sekichan sekiranya terpilih sebagai ahli parlimen kawasan tersebut.

 

Budiman berkata sehingga kini Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim masih gagal untuk membaiki pasar awam tersebut walaupun telah diberi peluang berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal.

 

 

“Hari ini yang datang di Sekinchan bukan Spiderman, bukan Superman bukan Batman tapi Budiman.. saya lahir, sekolah di Sungai Besar dan hanya orang Sungai Besar yang tahu apa masalah di Sungai Besar.

 

“Sebab itu pasar awam (Sekichan) kita kena baiki, pengundi Sekinchan dan bagi peluang pada Ng Suee Lim (Adun Sekinchan – DAP) 3 penggal tapi dia langsung tak baiki pasar tersebut, tapi tak apa hari ini saya janji (kalau menang) bukan Ultraman, Superman, Batman yang akan datang ‘repair’ tapi Budiman yang akan datang ‘repair’, katanya ketika berceramah di Pekan Sekinchan malam tadi.

 

Budiman turut menjelaskan dalam PRK Sungai Besar kali ini, Barisan Nasional (BN) menentang calon-calon dari Pakatan

 

“Dalam pakatan ada Azmin Ali, kaki kiri ada sama PAS dan PKR manakala kaki kanan ada PKR dan DAP itu sebab dia pening nak sokong siapa.

 

“Sebab itu saya tunggu Azmin cepat datang Sekinchan tolong bagi tahu nak sokong siapa.. sokong PAN atau PAS… sebab itu Pakatan Selangor tukar Harapan sebab takut (pilihanraya akan datang) dah tak ada harapan,” katanya lagi. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *