Sport Toto Antara Penyumbang Utama Kepada Yayasan Mahathir

PUTRAJAYA – Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di dakwa menerima sumbangan daripada Sport Toto yang merupakan syarikat yang terlibat dalam perjudian.

 

Hal ini didedahkan menerusi gambar papan tanda logo-logo penyumbang kepada yayasan tersebut dan logo Sport Toto merupakan salah satu lambang yang terdapat di atas papan tanda tersebut.

 

Gambar tersebut telah dikirimkan oleh salah seorang pembaca Suara TV yang diperolehi di Pejabat Tun di Yayasan Kepimpinan Negara di Putrajaya.

 

Seperti yang diketahui umum, Sport Toto itu dimiliki oleh jutawan terkemuka Malaysia, Datuk Seri Vincent Tan yang mana merupakan pengerusi Berjaya Corporation Berhad.

 

Dalam pada itu, Tun Mahathir dilihat berkawan baik dengan jutawan tersebut dan sambutan hari jadi Tun M baru-baru ini turut  dibiayai oleh beliau.

 

Terdahulu, Reputasi Tun Mahathir dilihat semakin kritikal apabila beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Penasihat Petronas yang merupakan ‘Anak Emas’ beliau beliau. -Suara TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *