Video: Skandal Banglo RM2.8 Juta, Guan Eng Lari Daripada Wartawan

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditemui di Parlimen petang tadi `lari’ daripada menjawab sebarang soalan wartawan berhubung skandal banglo yang dibelinya pada harga RM2.8 juta.

 

Sebelum itu Guan Eng dilihat masuk ke Dewan Rakyat ketika dewan menyambung sesi penggulungan kementerian bagi titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

 

Beliau yang kini tidak senang duduk ekoran skandal banglonya difahamkan pulang ke tanah air siang tadi dari Hainan China atas alasan lawatan rasmi.

 

Guan dikatakan akan kembali semula ke China esok.

 

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan berkata akan memanggil Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung skandal pembelian rumah banglo pada harga rendah daripada pasaran itu.

 

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki turut menjelaskan sehingga kini SPRM telah menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *