Video: NGO Semut Desak SPRM Siasat Skandal Guan Eng Bina Mahligai

KUALA LUMPUR – Sensible Ethical Malaysian United Team (SEMUT) membuat laporan polis berhubung isu rasuah pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

 

Pengerusi Pemantau Media Sosialnya, Zaparudin Abdul Rahim turut menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar melakukan siasatan dan mengambil tindakan segera ke atas Guan Eng kerana melihat isu tersebut hampir sama dengan skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.

 

 

“Saya baru sahaja buat laporan polis tentang pendedahan Datuk Shabudin Yahaya semalam, tentang jual beli banglo di Georgtown berkenaan, bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah banglo tersebut berharga jauh lebih tinggi daripada harga yang dibeli oleh Guan Eng.

 

“Persoalan saya adakah DAP benar-benar parti bersih, telus dan suci daripada rasuah dengan ini saya mendesak SPRM agar mengambil tindakan tegas dan menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang dan dakwaan yang dibuat terhadapnya.

 

“Saya juga ingin memohon SPRM mengambil tindakan secara profesional dan adil? Saya harap pihak SPRM dapat melakukan siasatan kerana saya melihat isu rasuah ini seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Khir Toyo,” katanya di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, sebentar tadi.

 

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa isu tersebut mengaitkan penyewaan rumah Guan Eng oleh PLK dan KLIDC sebuah syarikat yang berjaya membeli sebidang tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis di Fasa 2, Jalan Zainal Abidin Pulau Pinang, yang sebenarnya diperuntukkan sebagai tanah perumahan rakyat.

 

Tanah tersebut telah dibeli dengan harga RM11 juta tetapi dibeli dengan separuh harga. Rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang besar, dijual kepada Guan Eng hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu dan penjualan hartanah itu tidak realistik kerana tidak menggambarkan peningkatan nilai harga yang sebenar.

 

Rumah tersebut disewa Guan Eng sebagai kediaman beliau setelah enggan tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri atas alasan anai-anai sejak menang pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

 

Pada 21 Oktober 2015 Yang Berhormat Bagan telah membeli rumah tersebut daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, (menunjukkan) cuma 12 peratus melebihi harga belian yang dibuat Phang pada 2008. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: