Ramesh Rao Terima Ugutan dari Penyokong Tun Mahathir

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao telah membuat satu laporan polis berikutan satu ugutan yang telah diterima oleh beliau menerusi Facebook.

 

Beliau mendakwa individu yang mengugut beliau mengunakan akaun facebook Hakeem Haikal Zainuddin itu merupakan antara penyokong Tun Mahathir kerana ugutan yang dibuat seperti mempertahankan Tun Mahathir.

 

Beliau mendakwa bahawa setelah menerima ugutan tersebut, terdapat kereta yang tidak dikenali mengekori beliau dan turut menerima makian daripada nombor yang tidak dikenali.

 

“dia ini penyokong Tun Mahathir, dan dia kata jangan nak sentuh Tun Mahathir kerana mereka rasa tergugat atau takut dengan apa yang telah kami buat dan bongkarkan.” katanya.

 

Dalam pada itu, sekiranya Tun Mahathir merasakan bahawa beliau telah menfitnahnya, beliau perlu mengambil tindakan undang-undang bukan menghantar orang untuk mengugutnya dan tidak perlu menggunakan modus operandi yang kotor untuk menjatuhkan orang lain.

 

“Modus kotor operandi Mahthir seperti ugutan, aibkan keperibadian orang.

 

“Saya minta penyokong – penyokong mahahtir ini berhentilah kerja-kerja mengugut ini dan kalau betul saya memfitnah saman lah saya tak perlulah nak hantar orang untuk mengugut.”ujarnya.

 

Dalam pada itu,beliau mengesa Tun Mahathir bersifat lebih terbuka dan perlu menghentikan modus operandi yang kotor seperti memfitnah kerana pembangkang pada ketika ini telah menggunakan cara yang sama seperti mahahtir pada satu ketika dahulu.

 

“kalau Datuk Seri Najib boleh terima teguran dan kritikan dan kecaman,takkan dia pula tak boleh terima dah goyang.

 

“Apa yang pembangkang buat sekarang ini adalah modus operandi yang diajar oleh Mahathir.” katanya.

 

Berkenaan isu perletakkan jawatan Tun Mahathir, beliau mengharapkan Tun Mahathir akan bersifat lebih bermaruah dengan melepaskan jawatan yang disandang setelah beliau dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang.

 

“dia tak ada maruah itu, kalau dia ada maruah dia kena lepaskan jawatan kerana Kemudahan Barisan Nasional dia mahu, Kerajaan Barisan Nasional dia mahu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *