Video: Ahli Parlimen Johor Jadi ‘Minah Rempit’

KUALA LUMPUR -Tindakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang menunggang motor kuasa besar di perkarangan parlimen petang tadi menarik tumpuan kakitangan dan petugas media.

 

Noraini dengan gaya bersahaja dilihat menunggang motor milik rakannya itu kerana dikatakan ingin melepaskan ‘gian’ setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.

 

“Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya,” kata ringkas ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 

 

Menurut Noraini, beliau sebenarnya sangat suka dengan aktiviti menunggang motorsikal dan pernah menyertai beberapa konvoi motosikal kuasa besar suatu ketika dahulu.

 

“Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu masa mewakili Puteri (Umno) saya pernah ikut konvoi Datuk Seri Zahid Hamidi sebab dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.

 

“Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami) selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak menunggang motor yang menjadi rutin dan hobinya sebelum ini. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *