Rani Kulup Lelong Beret Merah Dengan Harga RM800

Kuala Lumpur – Aktivis selebriti Abdul Rani Kulop Abdullah telah melelong beret merah yang sering dipakainya sebelum ini dalam satu jualan di Shah Alam, semalam.

 

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu berkata tindakan itu dilakukan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

 

“Demi untuk membantu orang yang memerlukan bantuan ayah sanggup lelong Beret Merah kesayangan ayah.

 

“Alhamdulillah dan tahniah kepada seorang hamba Allah (orang muda) yang merupakan penduduk di Shah Alam.

 

Menurut Abdul Rani anak muda tersebut telah berjaya memperolehi beret tersebut yang merupakan sebahagian daripada aksesori pakaian seragamnya dengan harga RM800.00.

 

“Beliau (gambar lelaki yang memakai beret merah) itu telah sanggup membelinya dengan harga (lelong) sebanyak RM800.00.

 

“Manakala duit tersebut telah diserahkan kepada pihak penganjur Up Town Seksyen 24 Shah Alam, untuk dibagikan kepada orang-orang susah. Kipidap don gibab, terima kasih semua anak anak muda Shah Alam” katanya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *