Ahmad Bashah Mulakan Tugas Menteri Besar

ALOR SETAR – Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan tugas baharu sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, tepat 8.00 pagi.

 

Ahmad Bashah, 66, yang juga Adun Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar setelah Adun Ayer Hitam itu hilang majoriti sokongan Adun Kedah.

 

Ketibaan Ahmad Bashah di Wisma Darul Aman berpakaian sut hitam dan bertali leher merah pada 7.45 pagi disambut pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

 

Sejurus mengetip kad perakam waktu, Ahmad Bashah mengaminkan bacaan doa sebelum memasuki pejabat menteri besar dan sempat meluangkan waktu melihat muka hadapan akhbar tempatan.

 

“Tugas pertama saya adalah jumpa pegawai untuk dapatkan maklumat dan taklimat berkaitan semua tugasan yang perlu saya lakukan,” katanya.

 

Beliau kemudiannya meluangkan masa bersarapan bersama pegawai dan media, sebelum kembali ke pejabatnya untuk taklimat mengenai pentadbiran negeri.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *