Ezany Nafi Fitnah Bekas Isteri

KUALA LUMPUR – Pelakon Ezany Nazarif menolak dakwaan sengaja memfitnah bekas isterinya untuk mengaibkan wanita itu seperti yang didakwa oleh Lizda Nuryanti Abidin.

 

Sebaliknya, Ezany mendakwa, apa yang dikongsikan oleh Lizda Nuryanti, 33, dalam sebuah portal hiburan hari ini adalah tidak benar.

 

“Setiap dakwaan saya ada bukti, bukan sekadar gambar malah ada juga rakaman perbualan yang disimpan sehingga kini. Saya tidak memfitnahnya,” dakwa beliau di sini hari ini.

 

Ezany dan Lizda bernikah pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rayyan Harraz, 4, dan Hayden Harraz, 2. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *