Video: UMNO Johor Sokong Keputusan MT Sekat Muhyiddin Berucap

Kuala Lumpur – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday menyifatkan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) tidak membenarkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 adalah suatu yang wajar.

 

Beliau ketika ditemui di perkarangan PWTC sebentar tadi berkata tindakan itu mungkin bertujuan untuk mengurangkan ketegangan yang sedang berlaku ketika ini.

 

 

“Kalau kaedah itu boleh mengurangkan ketegangan, kita kena terima sebab dalam perbalahan pendapat kalau semua orang tegang akhirnya ia akan mencetuskan suatu yang meletup.

 

“Dalam perjuangan ini bukan bererti kita melangkah setapak ke belakang itu maksudnya kita kalah kerana banyak lagi cara dan kaedah” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

 

“Pandangan saya kalau MT buat macam ini mungkin untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku, jadi kalau itu sebabnya tidak ada masalah” katanya.

 

Jais turut menyeru agar dilakukan satu penyelesaian secara berhemah memandangkan UMNO sedang berdepan dengan perbezaan pandangan oleh beberapa pemimpin utama dalam parti berkenaan.

 

Menurutnya kepimpinan di peringkat akar umbi perlu diberi kefahaman yang jelas berhubung isu yang sedang berlaku di dalam parti bagi membolehkan penjelasan perkara tersebut kepada ahli di kawasan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *