Majoriti Siswi UK Alami Gangguan Seks

LONDON – BRITAIN . Hampir semua siswi di Britain mengadu alami gangguan seks waktu malam, lapor akhbar The Independent.

 

 

Menurut The Independent aduan itu diperoleh selepas satu tinjauan yang dibuat menerusi 5,000 responden yang dipilih secara rawak.

 

 

“Daripada jumlah itu, 77 peratus berasa gangguan seks dalam budaya kelelakian muda, atau ‘lad culture’ menjalar di universiti-universiti negara itu.

 

 

“Namun, hanya 44 peratus responden lelaki berpendapat gejala ini perlu dirisaukan,” lapor akhbar itu memetik penerbitan kampus The Tab.

 

 

Menerusi tinjuan itu menunjukan bahawa  95 peratus daripada mereka (siswi)  ‘disentuh di bahagian badan yang tidak sewajarnya’, termasuk diraba.

 

 

Dalam pada itu, kira-kira 25 peratus responden lelaki pula mengakui pernah meraba mahasiswi sewaktu bersantai dengan teman-teman pelajar.

 

 

Tinjauan itu bertujuan mendapatkan maklum balas pelajar berhubung isu-isu budaya rogol, persetujuan bersama sebelum seks dan pornografi demi membalas dendam.

 

 

Menurut hasil tinjauan ini lagi, tidak mengejutkan seorang mahasiwa tahun tiga di Manchester yang menyifatkan ‘lelaki selalu terfikir tidak apa’ untuk menyentuh pelajar wanita sewaktu bersantai pada malam hari.

 

 

Dapatan The Tab dikeluarkan tidak lama selepas kajian Kesatuan Pelajar Kebangsaan UK yang menunjukkan 61 peratus pelajar tahun pertama tidak tahu tatacara membuat aduan gangguan seks di kampus-kampus.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *