Archive for November, 2015


November 30, 2015 11:20 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PETALING JAYA – Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Ahad menyentuh perasaan penonton.   Helmi berkata, arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.   “Ketika dia […]


11:05 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Bermula tengah malam ini, harga bahan api RON95 akan diturunkan sebanyak 10 sen daripada RM2.05 ke RM1.95 seliter.   Sementara harga bahan api seperti RON97 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.45 dan RM1.90 seliter‎.   Harga minyak di Malaysia menggunakan sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lepas.


10:01 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

Ketika nama wakil Pas disebut dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-11 di Shah Alam semalam, sorakan dan tepukan gemuruh bergema kuat daripada perwakilan yang hadir.   Berbanding sambutan untuk wakil DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), tepukan yang diterima agak lesu tak bermaya.   “Satu perkara yang harus diingat, ahli PKR mahukan Pas. […]


9:53 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PUTRAJAYA – Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat kesahihan 10 ahli yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir semalam.   Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 […]


9:33 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri dalam penjara, dakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.   Beliau berkata, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang ditahan bersama peguamnya, Matthias Chang kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad […]


9:17 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KANGAR – Pelawak Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong di sini petang tadi.   Jenazahnya dikebumikan pada pukul 2.45 petang yang turut dihadiri rakan artis seperti Hairi Safwan, Angah Raja Lawak, Achey, Atu Zero, Ajak Shiro dan Akim.   Abang Allahyarham […]


6:46 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PASIR MAS – Kira-kira 600 penduduk di empat kampung di Rantau Panjang di sini, terputus hubungan berikutan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi.   Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Penolong Pegawai Bomba Rahmat Kamaruzzaman berkata empat kampung terbabit ialah Kampung Tersang, Kampung Bongor, Kampung Jawi dan Kampung Putat Tujuh.   “Kampung terbabit […]


6:24 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mesti memperkukuh kedudukan mereka untuk terus kompetitif dan dapat meneroka peluang perniagaan dan pasaran yang luas di seluruh ASEAN berikutan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang akhir tahun.   Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi AEC, akan wujud liberalisasi ke atas tarif […]


6:19 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah rumah di Cheras.   Lin Kok Heng, 20, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Chan Li Mei, di sebuah rumah beralamat Blok A-1-14 Jalan 6/95B Flat Cheras Ria, Cheras Utama di sini, antara 8 […]


4:25 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan seorang lelaki kerana menuduh perdana menteri dan isteri sebagai pembunuh di laman sosial.   Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan.   “Orang ramai tidak sepatutnya menyiarkan perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab di laman sosial kerana ia boleh menyebabkan kekacauan,” katanya selepas majlis […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.