China : Hapus Dasar Seorang Anak

CHINA – Kerajaan China bakal menghentikan dasar seorang anak yang diamalkan sejak berdekad lalu. Malah, pasangan yang melanggar dasar satu anak akan dikenakan pelbagai hukuman termasuk denda dan kehilangan pekerjaan, selain memaksa supaya kandungan digugurkan.

 
Keputusan untuk memberikan kebenaran memiliki dua orang anak diputuskan di mahkamah untuk meningkatkan pembangunan penduduk yang seimbang dan selari dengan keadaan penduduk yang semakin tua.

 
Memetik laporan BBC,  Parti Komunis mengeluarkan kenyataan bahawa, setiap pasangan kini diberi peluang untuk memiliki dua orang anak.

 
Dasar yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan pada tahun 1979 bagi mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk yang menghalang hampir 400 juta kelahiran bayi di negara itu.

 
Dasar itu telah dilonggarkan di beberapa wilayah ekoran demografi dan sosiologi yang menimbulkan kerunsingan tentang kenaikan kos sosial dan penurunan jumlah pekerja.

Setakat ini, sebanyak 30 peratus daripada penduduk China adalah berusia 50 tahun dengan jumlah keseluruhan penduduk di negara itu mencecah 1.36 billion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *