Wanita Didakwa Lahir Anak Hodoh Saman Klinik, Agensi

TAIPEI – TAIWAN. – Disebabkan berita ‘isteri’ yang didakwa melahirkan anak berwajah hodoh, seorang model terkenal Taiwan, Heidi tampil mempertahankan diri dan ingin saman sebuah klinik kosmetik bersama sebuah agensi model dan iklan, J.Walter Thompson (JWT).

 

 

Heidi yang kehilangan banyak tawaran kerja gara-gara berita tersebut membuat satu sidang media minggu lalu, mendakwa disebabkan sekeping gambar yang dirakam klinik kosmetik bersama sebuah agensi model dan iklan tersebut, berdasarkan kontrak yang dipersetujui gambar itu hanya digunakan dalam media cetak namun ia menjadi viral apabila sebuah klinik kosmetik yang lain turut menggunakan gambar tersebut untuk pengiklanan dalam talian hingga tersebar ke seluruh dunia.

 

 

Selepas kejadian itu, menurut laporan Shanghaiist.com, sebuah tabloid Heilongjiang, mendakwa seorang lelaki menyaman isterinya kerana melahirkan anak-anak yang hodoh disiarkan  di internet hingga mendapat perhatian media antarabangsa selepas gambar itu dimuat naik bersama laporan berita itu.

 

 

Menerusi laporan itu juga, selepas kejadian tersebut, Heidi bertindak memfailkan saman terhadap JWT dan klinik yang terbabit, Simple Beauty dengan tuntutan pampasan 5 juta NTD.

 

 

Sementara itu, Klinik tersebut (Simple Beauty), membuat kenyataan menerusi Facebook bahawa pihaknya telah mengikuti prosedur sebenar.

 

 

Manakala, agensi model berkenaan (JWT) pula dilaporkan berkata, melalui kontrak yang ditandatangani antara Heidi dengan pihak agensi memberi kebenaran kepada JWT hak penuh atas gambar itu dengan kenyataan jelas bahawa gambar itu akan diubahsuai.

 

 

Menurutnya lagi, dakwaan tidak benar Heidi itu menjejaskan imej agensi dan pihaknya akan cuba membatalkan saman tersebut.

 

 

Sebelum ini, November 2013, laporan tentang seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh tersebar luas hingga mendapat liputan meluas seluruh dunia.

 

 

Lelaki yang dikenali sebagai Jian Feng itu turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *