Pondan Guna Saluran Salah Cabar JHEAINS

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan tiga transgender telah menggunakan saluran undang-undang yang salah dalam mencabar Enakmen Syariah Negeri Sembilan.

 

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membuat keputusan selepas membenarkan isu awalan yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sembilan dan lima pihak lain sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Enakmen Syariah Negeri Sembilan itu tidak berperlembagaan.

 

Korum yang bersidang bersama Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan tiga transgender itu sepatutnya memfailkan semakan kebenaran terus ke Mahkamah Persekutuan.

 

Transgender berkenaan melibatkan tiga individu iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30.

 

Pada 11 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga transgender itu dan memutuskan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam.

 

Dalam permohonan itu, mereka mendakwa telah ditangkap dan diganggu pihak berkuasa serta didakwa mengikut Seksyen 66 enakmen itu yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabitan.

 

Ketiga-tiga mak nyah itu mendakwa mereka telah disahkan oleh pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur sebagai mengalami GID.

 

Pada 7 November 2014, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *