Kesemua Penumpang Pesawat Aviastar Terkorban

Makassar (Indonesia) – Pasukan penyelamat Indonesia semalam berjaya menemui dan membawa keluar sebahagian mayat serta kotak hitam kepunyaan pesawat kecil yang dilaporkan terhempas di Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada ketinggian 2,700 meter dari paras laut.

 

Kotak hitam yang tersimpan perakam data penerbangan itu ditemui dalam keadaan elok dan sudah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

 

Pesawat jenis Aviastar yang menerbangkan tiga anak kapal dan tujuh penumpang lain termasuk kanak-kanak serta bayi hilang kira-kira 11 minit selepas ia berlepas dari Masamba ke Makassar.

 

Bagaimanapun, cuaca dilaporkan baik ketika kejadian pada Jumaat lalu.

 

Usaha mencari mengambil masa selama tiga hari sebelum ianya dijumpai terhempas di Gunung Latimojong dan kesemua penumpang dilaporkan terbunuh.

 

Pihak penyiasat masih belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kejadian itu berlaku dan ada pihak mendakwa pesawat itu tidak mengikut laluan yang ditetapkan tetapi disangkal oleh Aviastar.

 

Seramai 18 orang dokor diarahkan membantu proses pengecaman identiti mayat sebelum diambil tindakan seterusnya.

 

“Kami mengambil 12 doktor dari Hospital Bhayangkara dan selebihnya adalah doktor dari beberapa hospital di Makassar,” kata jurucakap polis, Raden Harjuno seperti dilaporkan sumber berita global, Agensi, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *