Iraq Buka Zon Hijau

BAGHDAD – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi membuka Zon Hijau di tengah Baghdad secara rasmi kepada orang ramai, dilihat sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan di negara tersebut.

 

Menurut laporan Reuters, Haider berkata, pembukaan dua pintu masuk Zon Hijau tersebut adalah salah satu prosedur pembaharuan yang dijanjikan oleh kerajaan.

 

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Saad Maan memaklumkan pasukan tentera khas dengan kerjasama operasi keselamatan Baghdad akan menjaga keselamatan di kawasan tersebut sebagai langkah menghalang serangan militan.

 

Difahamkan, pencerobohan Amerika Syarikat (AS) pada 2003 membawa kepada penutupan kawasan seluas 10 kilometer persegi di tebing Sungai Tigris yang turut menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

 

Walaupun kawasan tersebut dikelilingi tembok konkrit, ia masih menjadi sasaran tetap beberapa siri pengeboman sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *