Archive for September, 2015


September 30, 2015 10:39 pm - Editorial

Kuantan – Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu berjaya ditumpaskan susulan serbuan ke atas sebuah premis sewa di Kampung Selamat, Pelabuhan Kuantan, petang semalam.   Hasil serbuan pasukan Imigresen Pahang kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 42 tahun ditahan bersama sejumlah pasport, kad pendaftaran Lembaga […]


9:32 pm - Editorial

Petaling Jaya – Seorang penarik kereta cedera selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam.   Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Proton Saga untuk menarik kereta suspek jenis Perodua Viva yang dipercayai mempunyai tunggakan selama lima bulan.   Ketua […]


9:29 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.40 sen seunit, bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2015.   Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan AS1M itu membabitkan pembayaran sebanyak RM694.96 juta, […]


9:25 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Keputusan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan penyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan oleh bekas Ketua Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin berhubung penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya akan diketahui esok.   Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan akan membacakan keputusan itu pada jam 3 […]


9:05 pm - Editorial

Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) telah menghantar notis tuntutan saman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin.   Notis itu dihantar menerusi peguam DEIG, Abu Bakar dan Yong yang mewakili MBI, DEIG dan Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffan Affendi Aminuddin pada 25 September lalu.   Tindakan notis saman tersebut dibuat […]


9:02 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengingatkan orang Cina bahawa mereka mempunyai tempat asal di republik China jika tidak lagi mahu tinggal di negara ini.   Beliau membuat tafsiran itu berdasarkan kenyataan Duta Besar China, Dr Huang Huikang yang prihatin dengan kegusaran Cina di negara ini yang bimbang jika […]


8:58 pm - Editorial

Kuala Lumpur – “DIA tidak menanti pelanggan tapi dia yang mencari pelanggan. Berlari dia ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil,” tulis salah seorang pengguna di laman Facebook semalam.   Katanya, beliau kagum dengan cara pemuda tersebut memperagakan makanan jualan di tepi sebuah jalan besar berhadapan dengan stesen minyak Petronas Ampang Jaya, Kuala Lumpur. […]


8:51 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dikemukakan walaupun tiada peruntukan khusus dalam peraturan mesyuarat mengenai perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.   Beliau berkata usul undi tak percaya kepada PM pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terhadap […]


8:47 pm - Editorial

Oleh: Hanafisah Jais     Dewan di-Raja Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam akaun Facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.   Dewan di-Raja Selangor dengan ini menafikan […]


8:41 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.   Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.   Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter   Harga diesel pula naik dari RM1.80 […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.