Komplot Guling Kerajaan: MP Parit Sulong Nafi Terlibat

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad menafikan beliau antara yang terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan.

 

Noraini ketika dihubungi SuaraTV menegaskan dirinya tidak terlibat langsung dalam agenda itu, dan apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah fitnah semata-mata.

 

“Saya telah buat laporan polis berhubung dakwaan kononnya saya antara yang terlibat untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri sedangkan ia merupakanantara tanggungjawab saya untuk mempertahankan kerajaan.

 

“Secara jujur tindakan tidak bertanggungjawab (mengaitkan saya dengan komplot tersebut) adalah untuk melaga-lagakan pemimpin sekaligus menjatuhkan kredibiliti saya sebagai ahli parlimen Barisan Nasional” katanya kepada SuaraTV yang kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

 

Terdahalu bekas timbalan menteri, Sumber Manusia itu telah membuat satu laporan di Balai Polis Kota Damansara bagi menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

 

“Saya mengesa pihak polis segera menjalankan siasatan berhubung perkara ini agar tuduhan berniat jahat ini tidak lagi timbul kerana ia jelas bertujuan untuk merosakkan parti dan mewujudkan sangkaan buruk masyarakat.

 

“Isu yang dibangkitkan ini tiada dalam makluman saya dan hanya mengetahui melalui laporan yang disiarkan di akhbar dan saya tidak pernah didatanggi oleh mana-mana pihak berhubung perkara ini” katanya lagi.

 

Dalam posting di media sosial dengan tajuk ‘The Usual Suspects’:20 Nama Ahli Parlimen Berkomplot Jatuhkan Kerajaan? dan nama bekas Ketua Puteri itu antara yang tersenarai.

 

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mengenai usaha-usaha individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan.

 

 

Noraini ahmad 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *