B.A.P Dilabel Pengecut

Pengumuman yang dibuat oleh kumpulan B.A.P pada Sabtu lalu untuk kembali aktif semula ekoran masalah dalaman yang dihadapi dengan agensi mereka iaitu TS Entertaiment, nyata cukup mengembirakan ramai peminat.

 

Bagaimanapun, berita tersebut telah mendapat kecaman segelintir media di Korea Selatan yang beranggapan tindakan  kumpulan yang cukup popular dengan lagu Warrior dan One Shot ini sebagai sesuatu yang bodoh selepas mereka membuat keputusan untuk keluar daripada agensi tersebut lebih setahun lalu.

 

Media negara tersebut turut mengkritik dan melabelkan kumpulan itu sebagai pengecut dan tidak memperjuangkan hak yang selama ini ditindas oleh agensi berkenaan.

 

Namun begitu, segelintir peminat meluahkan perasaan mereka dan menganggap keputusan B.A.P adalah sesuatu yang wajar bagi meneruskan kerjaya nyanyiannya.

 

“Maaf tuan wartawan, kami menganggap dia melakukan perkara yang betul dan jika ia salah bagi kami semua orang melakukan kesalahan.

 

“Apa yang kami baca agensi itu memang tidak bagus, namun ia lebih baik melihat penyanyi ini untuk terus ada dalam industri,” ujar peminatnya menerusi laman sosial Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *