Nokia Lancar Kamera Realiti Maya Pertama Di Dunia

Finland – Syarikat pembuat telefon yang berpangkalan di Findland, Nokia telah melancarkan kamera sfera yang direka untuk membuat filem dan permainan 3D yang boleh ditonton dan bermain dengan alat dengar realiti maya.

 

Peranti tersebut dipamerkan pada satu acara di Los Angeles, mengambil video dan audio dalam 360 darjah dengan lapan sensor dan mikrofon, dan adalah yang pertama di dunia sebagai salah satu fokus baru untuk pertumbuhan masa depan.

 

Nokia akan melalui penyusunan semula selepas menjual perniagaan telefon mudah alih kepada Microsoft tahun lalu.

 

“Kami menjangkakan bahawa pengalaman realiti maya tidak lama lagi akan meningkat secara radikal melibatkan komunikasi orang ramai,” kata Ketua Eksekutif Nokia Ramzi Haidamus dalam satu kenyataan.

 

Pada Mei lalu, GoPro telah memperkenalkan sistem yang sama menggunakan 16 kamera dan perisian Google, manakala beberapa syarikat teknologi lain seperti Facebook dan Samsung telah mengumumkan rancangan berbeza untuk memasuki pasaran realiti maya.

 

Nokia juga merancang untuk kembali ke perniagaan telefon pintar selepas perjanjian pelesenan dengan Microsoft membolehkan ia berbuat demikian lewat tahun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *