Rombakan Kabinet: Menteri tukar portfolio, kementerian baharu diwujud dan muka baru dilantik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyaksikan beberapa nama Menteri bertukar portfolio, kementerian baharu diwujudkan dan juga pelantikan Timbalan Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang baharu saja mengangkat sumpah sebagai Senator pagi tadi.

Timbalan Menteri Kewangan pula diganti oleh Lim Hui Ying yang sebelum ini menggalas jawatan Timbalan Menteri Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof pula kini mengemudi Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam iaitu kementerian baharu pecahan daripada NRECC.

“Fadillah juga akan menjadi Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Sabah Sarawak,” katanya.

Selain itu juga, Datuk Seri Mohamad Hasan bertukar daripada Kementerian Pertahanan ke Menteri Luar Negeri.

“Jawatan Menteri Pertahanan pula diganti dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi,” umum Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertukar ke Kementerian Pendidikan Tinggi yang mana beliau dari Menteri Luar Negeri.

“Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi kini ialah Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud dari portfolio Menteri Luar Negeri juga,” ujarnya.

Anwar juga menyatakan, Fahmi Fadzil kini dilantik Menteri Komunikasi iaitu pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital dan masih bergandingan bersama Teo Nie Ching.

“Kementerian Digital pula akan dikendali Gobind Singh Deo bersama Datuk Ugak Anak Kumbong,” katanya.

Manakala, Datuk Seri Ahmad Maslan juga ditukar kepada Timbalan Menteri Kerja Raya di mana beliau sebelum ini menjawat Timbalan Menteri Kewangan.

Anwar juga mengumumkan pelantikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Datuk Arthur Joseph Kurup yang bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula dipilih untuk mengemudi Kementerian Perladangan dan Komoditi iaitu kementerian baharu yang akan berganding bersama Datuk Chan Foong Hin yang bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” umum Anwar.

Selain itu, Anwar memaklumkan pertukaran Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan diisi oleh Datuk Aiman Athirah Sabu yang bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Muka baharu yang dilantik ialah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

“Selain Noraini, muka baharu yang dilantik ialah M.Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi.

“Datuk Seri Yusof Apdal pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini di Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,” katanya.

Rombakan ini juga menukar Dr Zaliha Mustafa dari Kementerian Kesihatan kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

“Posisi Dr Zaliha diganti Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan dan pemilihan ini bersandar pengalaman,” kata Anwar.

Anwar juga memaklumkan, Datuk Armizan Mohd Ali kini dilantik Menteri Perdagagan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Beliau bertukar porfolio dari Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas khas,” katanya.

Sementara itu, Anwar juga mengumumkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kementerian baharu ini pecahan daripada NRECC dan Timbalannya Datuk Seri Huang Tiong Sii.

“Muka baharu lain yang dilantik ialah Datuk R. Ramanan yang menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Juga Wong Kah Woh muka baharu yang dilantik mengisi Timbalan Menteri Pendidikan.

“K. Saraswathy pula ditukar dari Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Timbalan Menteri Perpaduan,” katanya.

Perdana Menteri mengumumkan Senator Dr Zulkifli Hasan diangkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Selain itu, Steven Sim dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia manakala Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebagai timbalannya,” kata Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat