Enam Maut, Al-Shabaab Serang Hotel Di Somalia

Mogadishu – Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam satu letupan bom kereta di sebuah hotel, di ibu negara Somalia, hari ini.

 

“Seramai enam terbunuh, kebanyakannya adalah pengawal keselamatan hotel,” kata pegawai keselamatan kerajaan, Mohamed Jama yang dipetik AFP sambil menambah, angka korban mungkin meningkat.

 

Satu letupan kuat menggegarkan Hotel Jazeera Palace, di Mogadishu yang sering dihuni misi diplomatik, pegawai kerajaan dan pekerja bantuan kemanusiaan antarabangsa, pada petang tadi.

 

Seorang penduduk tempatan yang juga penganalisis politik, Abdihakim Ainte berkata, hotel itu yang telah beberapa kali diserang kumpulan bersenjata, mengalami kerosakan teruk akibat letupan kuat itu.

 

Sementara itu, jurucakap kumpulan militan, Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab menyerang hotel itu, dengan menyasarkan ‘musuh-musuh mereka’ sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan tentera Kesatuan Afrika dan kerajaan Somalia.

 

“Kami adalah dalang di sebalik serangan itu,” kata jurucakap operasi ketenteraan Al-Shabaab, Sheikh Abdiasis Abu Musab kepada Reuters.

 

Difahamkan, misi diplomatik dari China dan Qatar turut menghuni di hotel berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *