MARA Henti Melabur Hartanah Luar Negara

Kuala Lumpur – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memutuskan untuk berhenti melabur dalam hartanah di luar negara, kata bekas pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa.

 

Beliau yang juga MP Ketereh berkata agensi kerajaan itu juga akan menjual sebahagian daripada asetnya untuk membayar pinjaman.

 

“Kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelaburan di luar negara.

 

“Jika kami mendapat tawaran yang menarik terhadap aset yang kami beli, kami bersedia untuk mencairkannya,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Parlimen.

 

Jun lalu, akhbar Australia, The Age, mendakwa Mara Inc terlebih bayar RM13.7 juta untuk pembelian sebuah kompleks apartmen di Melbourne, dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.

 

Mara juga memutuskan untuk menjual aset Ashley House di London, di mana agensi tersebut mungkin mendapat 20 peratus pulangan.

 

Memetik laporan Malaysiakini, Annuar berkata MARA akan hanya menjual apartmen Dudley Internatinal House dan tiga lagi aset mereka di Australia sebaik sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan.

 

Khidmat Annuar selaku pengerusi MARA selama dua tahun tamat Jumaat lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *