Pemandu Teksi Diperintah Bayar Kompaun Kepada 3 Gadis Myvi

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang pemandu teksi, Azmi Mat Mokhtar membayar kompaun berjumlah RM1,000 kepada tiga ‘Gadis Myvi’ yang dilanggarnya, Mac lalu.

 

Majistret Elyana Razali, turut memerintahkan bapa tiga gadis itu, Syed Fareid Yahya, 51, membayar kompaun berjumlah RM50 kepada Azmi, 54.

 

Keputusan itu diambil selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu secara baik berdasarkan terma yang dipersetujui bersama.

 

Pergaduhan antara Azmi dan ‘Gadis Myvi’, Sharifah Fara Difla, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Ryyana, 24, di Stesen Minyak Petron, Seksyen 7, dekat sini pada 29 Mac lalu, menjadi viral di laman sosial. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *