Video: Gadis Pengsan Selepas Jalani Hukuman Sebat Kerana Khalwat

Banda Aceh (Indonesia) – Seorang gadis jatuh pengsan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman sebat di Masjid Al-Badar, selepas didapati bersalah atas kesalahan khalwat bersama pasangannya di sini semalam.

 

Gadis yang berusia 22 tahun itu disebat sebanyak 6 kali di hadapan khalayak ramai itu setelah terbukti bersalah dan dijatukan hukuman oleh Mahkamah Syariah dibawah Kanun 16 (2014) wilayah tersebut.

 

 

Beliau kemudianya diusung untuk diberikan rawatan perubatan.

 

Selain gadis tersebut, dua lagi pasangan turut dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan sama.

 

Kira-kira 1,000 orang penduduk menyaksikan pelaksanaan hukuman yang dijalankan ke atas tiga orang lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 18 ke 23 tahun itu di tengah-tengah bandaraya ini.

 

“Kami berharap mereka yang dikenakan hukuman tersebut sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah di sisi agama dan berubah menjadi manusia yang lebih baik,” kata pegawai agama Acheh, Ridwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *