22 ahli baharu MAWIP terima surat pelantikan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – SERAMAI 22 ahli baharu telah menerima surat pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu bagi menggantikan ahlinya terdahulu yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Pelantikan ini dibuat selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi tempoh tempoh dua tahun bermula 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2026.

Penyerahan surat pelantikan kepada ahli MAIWP yang baharu itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im  Mokhtar,  di sini pada Isnin.

Hj. Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi MAIWP baharu menggantikan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Manakala Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff pula kekal sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP.

Syed Kamarulzaman kini memegang jawatan Yang Dipertua Persatuan Falak dan Syarie Malaysia merupakan seorang tokoh dan intelektual Islam yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi selain memikul amanah sebagai panel pemikir dan penasihat  antaranya JAKIM dan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau pernah bertugas sebagai  jurutera elektronik dan komputer dan bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 33 tahun, telah menerima Anugerah Maulidur Rasul 2023 atas jasa dan baktinya  membangunkan bidang astronomi Islam di Malaysia.

Beberapa orang tokoh dan pakar dalam pelbagai bidang telah dilantik sebagai ahli MAIWP antaranya Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan), Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Pensyarah Universiti Putra Malaysia), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ( Pensyarah Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM), Datuk Hj. Mohd Ajib Ismail (Pengarah JAWI), Hj. Zuri Zabuddin Budiman (Peguam Syarie), Datuk Seri Yusof Ismail, Datuk Dr. Nooh Gadut (Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam), Dato’ Mohamad S Ahmad (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd), Lt. Kol (K) Datuk Hj. Anwari  Suri (Mantan Timbalan Ketua Audit Negara), Prof. Datin Dr. Rusni Hassan (ahli akademik, sarjana Syariah dan pakar perunding Kewangan Islam) dan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd. Rahman (Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).

Turut dilantik, Dr. Dato’ Hussamuddin Hj. Yaacob (Pemilik Kumpulan Media Karang Kraf), Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan, Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman  Mat Salleh (Datuk Bandar Kuala Lumpur), Datuk Seri Amrin Awaluddin, Datuk Awang Alik  Jeman, CP Datuk Seri Azri Ahmad (Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM), Ustaz Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil (Sarjana Islam) dan Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman (Naib Canselor UPTM).

Dalam pada itu, Mohd Na’im berharap semua ahli yang baharu dilantik dapat bersama-sama membantu melonjakkan prestasi perkhidmatan MAIWP ke aras yang lebih tinggi dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Pandangan, nasihat dan idea yang baru amatlah diharapkan untuk menjadikan MAWIP sebagai agensi yang unggul dan disegani dan terus memacu kegemilangan ummah dikala usianya yang menjangkau 50 tahun, ”katanya.

“Semoga MAIWP dapat terus dipacu dengan penuh dinamik dan berintegriti mengupayakan para asnaf di Wilayah Persekutuan, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat