Kena Tanggal Seluar, Sebab Pakai Baju Tanpa Nama Sekolah

Kuala Lumpur – Seramai lima orang pelajar tingkatan satu sekolah menengah lelaki di Ampang, mendakwa telah diarahkan menanggalkan seluar dan baju ketika sesi pembelajaran hanya kerana mereka tidak mengenakan pakaian yang mempunyai nama sekolah.

 

Kejadian yang berlaku pada 25 Mac lalu didedahkan ibu bapa salah seorang daripada murid berkenaan yang enggan mendedahkan identiti mereka.

 

Menurut bapa pelajar berkenaan, tindakan itu dikenakan ke atas anaknya dan beberapa pelajar yang tidak memakai seluar sukan sekolah yang mempunyai nama sekolah.

 

Katanya, akibat tindakan itu anaknya berasa malu dan enggan ke sekolah.

 

“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik.

 

“Saya kecewa dengan guru berkenaan, anak saya dan rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan ada juga baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.

 

“Saya akui ada kesilapan anak saya disitu, cuma apa yang saya cukup ralat, mengapa hukuman begitu dikenakan. Dan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam pun.

 

“Saya tidak faham mengapa cikgu berkenaan mengambil tindakan sedemikian,” katanya kepada The Rakyat Post hari ini.

 

Laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Jalan Tun Razak.

 

Ibu bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan mengharapkan ada tindakan susulan yang diambil dari pihak berkenaan.

 

Malah, mereka turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya.

 

“Saya mahu guru berkenaan dikenakan tindakan. Saya tidak teragak-agak untuk melantik peguam saya sendiri dan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas ibu murid berkenaan.

 

Pihak The Rakyat Post difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 pagi pada hari kejadian dan lima pelajar berkenaan tidak berseluar sehingga tamat sesi persekolahan pada jam 3 petang.

 

lapiran polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *