Anonymous Tawan IS

Kuala Lumpur – Kumpulan aktivis penggodam Anonymous hari ini mengeluarkan beberapa senarai akaun Facebook yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pengganas Negara Islam (IS).

 

Mereka memuat naik sebanyak 12 akaun Facebook dan kebanyakannya dilihat milik rakyat Malaysia.

 

Mereka juga mendakwa berjaya mengambil alih puluhan Twitter dan Facebook di mana akaun tersebut digunakan IS untuk mempengaruhi dan merekrut ahli baru.

 

Anonymous mendakwa ini satu tamparan hebat terhadap usaha merekrut IS.

 

Malah, penggodam itu memberi amaran kepada IS: “Kami akan memburu anda, mengambil alih laman web anda, akaun, e-mail dan bongkar siapa anda…

 

“Mulai sekarang, tiada tempat selamat untuk anda dalam talian …

 

“Anda akan dilayan seperti virus, dan kami penawar …

 

“Kami mempunyai internet …

 

“Kami Anonymous; kami pasukan; kita tidak maafkan, kita tidak lupa, Nantikan kami,” kata Anonymous, mengulangi slogan di laman web mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *