Wawa Dan Areil Bersanding Selepas Tiga Tahun Nikah

Kuala Lumpur – Selepas tiga tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya bersanding Sabtu lalu.

Pasangan ini pernah menjadi tumpuan ramai selepas isu perkahwinan mereka secara rahsia dihidu media.

 

Mereka akhirnya mengadakan sidang media pada 2013 untuk menjelaskan bahawa pernikahan secara rahsia itu berlangsung pada Februari 2012 dengan restu keluaga kedua-dua belah pihak.

 

Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar, pasangan ini berkata tidak berpeluang untuk mengadakan majlis bersanding sehinggalah ditawarkan oleh pihak Malaysian International Wedding Festival apabila Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi duta mereka.

 

Majlis persandingan pasangan itu yang diadakan dengan cukup meriah di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) dihadiri ribuan peminat dan pengunjung festival tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *