Video: Klip Video Parodi CNY Teresa Kok

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok kembali menerbitkan satu lagi klip video untuk Tahun Baru Cina berbentuk sindiran yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan beberapa pemimpin negara tahun ini.

 

Dengan mengekalkan tema Tahun Baru Cina, video tersebut memaparkan Teresa dan kawan-kawannya kononnya sedang berkumpul untuk membuat persediaan sambutan dan sambil mengkritik isu semasa dan dasar negara.

 

Klip video tersebut turut mengunakan angka satu bertujuan untuk menyindir semua produk yang dikeluarkan kerajaan.

 

 

Walaupun skrip yang digunakan tidak menyebut secara langsung mana-mana individu atau tokoh, namun mereka yang biasa dengan suasana sosio-politik negera, pasti mengetahui maksud tersirat yang ingin disampaikan itu.

 

Susulan penerbitan klip video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ tahun lepas, Teresa didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memfitnah dan menghina pasukan keselamatan dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

 

Ini kerana video klip tersebut telah membangkitkan kemarahan dan bantahan pelbagai lapisan masyarakat terhadap beliau.

 

Teresa bagaimanapun menafikan video itu memperlekehkan angkatan tentera, mana-mana agensi mahupun mana-mana individu lain, sambil menyifatkan video klip tersebut hanya berupa sindiran semata-mata.

 

Kes itu kini menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *