Batal Sidang Media, Penguna Media Sosial Kecam Tindakan DCA

Kuala Lumpur –  Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang akhbar di saat-saat menimbulkan kemarahan masyarakat khsusnya pengguna media sosial Facebook.

 

Tinjau SuaraTV di laman Facebook ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir’ mendapati, rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang kerana dikatakan tidak bersedia berhadapan dengan kemungkinan khususnya dari waris keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang turut hadir bagi mendengar perkembangan terkini itu.

 

Berikut adalah antara komen mereka berhubung isu tersebut:

 

Iza Ikaqasrinaelisya: Kalau tak bsedia jgnlah logat nak buat sidang media..hampakan org je..terutama waris mangsa..

 

Ariff Yusof: nk luah mati anak..nk telan mati bapak

 

Asmadi Madi: rilek lah bro, sabar byk2..

 

Dadi My: Apa alasan sekali pun, mereka telah mengulangi perbuatan atau tindakan tidak profesional memalukan Malaysia di mata dunia…..warganegara Malaysia keji dan cela terhadap insiden yg tidak sepatutnya berlaku ini. No cover-up and no cover-line please….

 

Afiewary Russlan: Buang masa

 

Hairul Hizam: hampeh tul.

 

Muszlien Linda: Mcm de sstu yg berlaku @ nk dirahsiakn..

 

Ashrul Anwar Mukhashen: Bila batal …..lagi public curiga….ckp saja terus terang…nanti lagi bnyk teori muncul….

 

Rizatul Isra: Menambahkan kemusykilan…

 

Sara Sakura: Dh dibtalkn…hummmmmm…xcted tggu dpn tv..last2 dbtlkn..kcewa asenya

 

Azmirahman Rahman: Nak cari kat mana benda tak ada dlm laut habis duit rakyat kalau ada dah jumpa dah…

 

Deq Sya: Hahahaha.. Smngt tggu dpn tv! Tbe2 sidang media dibatalkan… Well done, msia!!!

 

Azmirahman Rahman: Akn jadi org2 lg marah bila declare mcm tu org semua tunggu jawapan ni ha…dah2 lah temberang kat org marah org rakyat ni sebenar nya cerdik dari menteri2 di luar sana tu…sebenar hya…

 

DCA dalam satu kenyataan awal pagi tadi berkata akan mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, petang ini.

 

Sidang media tersebut akan diadakan pada jam 3.30 petang di ibu pejabat DCA di Presint 4, Putrajaya dan akan turut disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta TV3.

 

“Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370,” tulis e-mel berkenaan.

 

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

 

Sementara itu Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 menerusi saluran RTM1, jam 6 petang ini.

 

Beliau dalam satu kenyataan yang lain berkata sidang media yang dijadualkan pada petang tadi hanya untuk media sahaja dan pihak DCA akan mengadakan perjumpaan yang berasingan dengan waris keluarga.

 

“Namun adalah wajar untuk meneruskan sidang media tersebut dengan kehadiran waris keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dan disebabkan itu ia terpaksa dibatakan” ujarnya.

 

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

 

Kali terakhir pesawat berkenaan menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) di Kuala Lumpur ialah kira-kira jam 1.19 minit pagi, kurang daripada satu jam selepas berlepas, sebelum hilang dari radar awam DCA dua minit kemudian pada jam 1.21.

 

Misi pencarian besar-besaran membabitkan beberapa negara telah dijalankan sejak daripada itu dengan diketuai oleh Australia, dan fokus pencarian kini adalah di dasar bahagian selatan Lautan Hindi.

 

Ketika ini operasi memberi tumpuan kepada carian di bawah air di kawasan keutamaan seluas 60,000 kilometer persegi dengan diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Agensi (JACC) Australia.

 

Baca: DCA Batal Sidang Media Yang Dijadualkan Berlangsung Petang Ini

 

Baca: Sidang Media DCA Mengenai MH370 Dijadual Berlangsung Petang Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *