Banjir Di Bintulu, 105 Orang Dari 25 Keluarga Dipindahkan

Bintulu – Hujan lebat sejak petang semalam menyaksikan 105 orang daripada 25 keluarga dipindahkan selepas kediaman mereka mula dinaiki air, tengah malam tadi.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Dihata Gobel, berkata mereka dipindahkan selepas kediaman mula dinaiki air sedalam satu meter, pada 12.30 tengah malam.

 

Beliau berkata, semua mangsa dari Batu 5 Jalan Bintulu-Miri, di sini, dipindahkan ke Dewan Suarah Bintulu buat sementara waktu.

 

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudahpun disediakan sebelum ini bagi menempatkan mangsa jika hujan masih belum reda,” katanya ketika dihubungi. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *