KBS Gerakkan 100 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir

Temerloh -Hampir 100 sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut digerakkan bagi membantu mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dan Tadika Kampung Tengah, Temerloh.

 

Misi yang dijalankan itu merupakan salah satu program di bawah Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 Negeri Pahang.

 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, bantuan sukarelawan seperti ini diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung pihak yang terjejas akibat banjir.

 

“Walaupun kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik masih lagi terputus namun dengan inisiatif dari pihak MBM yang menyediakan generator dan motor air berkuasa tinggi (water pressure gun) dilihat dapat melicinkan lagi usaha pembersihan.

 

“Aktiviti seperti ini juga dilihat sebagai salah satu pendedahan kepada sukarelawan tentang keadaan bencana supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang bencana yang mendatang” ujarnya baru-baru ini.

 

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato’ Haji Kamarulzaman Mansor, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,  Nik Abd Kadir n Nik Mohamad, Setiausaha bahagian pengurusan Sumber Manusia, Mazlan Abd. Mutalib,  Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Mohd Jamri Mohd Lela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *