Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan mata wang dolar terus mengukuh, dirangsang oleh berita menggalakkan mengenai perjanjian pakej rangsangan AS untuk COVID-19.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada 4.0375/0415 Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Strategist Stephen Innes berkata meskipun penggubal undang-undang AS telah bersedia untuk meraikan pemeteraian perjanjian pakej rangsangan berkenaan, pelabur Asia masih merasakan pasaran mata wang akan bergerak tidak menentu.

Ini ialah kerana terdapatnya kegiatan penjualan ke atas mata wang pound Britain dan euro pada awal dagangan berikutan kebimbangan kian meningkat terhadap penularan COVID-19 menjelang musim percutian di Eropah, katanya.

“Namun, dengan tiadanya lagi persepakatan ke atas perjanjian rangsangan AS dicapai, diikuti dengan lebih banyak sekatan pergerakan, pasaran dijangka bergerak tidak menentu,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0387/0422 daripada 3.0389/0428 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9414/9475 daripada 4.9451/9512.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9123/9166 daripada 3.8983/8029 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4200/4262 daripada 5.4474/4540 sebelumnya.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat