VIDEO: Banjir Di Kuala Lumpur, Tak Sampai 5 Minit Air Naik Hingga Paras Kaki

Kuala Lumpur – Beberapa kawasan di sekitar ibukota dilaporkan ditenggelami air ekoran hujan lebat yang berterusan sejak pukul 6 petang tadi sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Setapak, Jalan Genting Klang, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pekeliling.

Menurut satu sumber, banjir yang melanda ibukota itu mungkin disebabkan pelepasan air Empangan Batu yang telah menyebabkan paras air sungai naik secara mendadak.

Para penguna media sosial sebelum ini telah menyebarkan kenyataan yang didakwa di keluarkan oleh kerajaan negeri Selangor berhubung tindakan tersebut.

“Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan dengan melepaskan air empangan sehingga takungan menjadi suku.”

“Bagi penduduk di BBS, Kg Sungai Kertas, Kg Nakhoda, Kg Laksamana, Selayang dan Gombak diminta berjaga-jaga ketika air dilepaskan dan memindahkan kenderaan anda ke kawasan yang tinggi” memetik kenyataan tersebut.

Namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh kerajaan negeri mengenai tindakan tersebut.

Tinjauan SuaraTV di sekitar kawasan terbabit mendapati sehingga pukul 11.45 malam tadi, banjir hampir surut dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Antara permis yang dinaiki air termasuklah pejabat Skuad Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat.

Menurut salah seorang anggota Skuad Penyelamat, DBKL paras air naik secara mendadak ekoran limpahan dari Sungai Gombak.

“Tak sampai 5 minit, air naik sehingga ke paras kaki.

“Hampir 7 buah kereta rosak teruk kerana ditengelami air dan kami hanya sempat menyelamatkan 6 buah kereta sahaja” katanya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam satu kenyataan petang tadi berkata anggota penyelamat DBKL sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di ibu negara.

Beliau berkata, DBKL bersama agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam akan memberi bantuan kepada warga kota sekiranya Kuala Lumpur dilanda banjir.

“Kita (DBKL) mempunyai anggota yang mencukupi untuk menghadapi banjir. Kami akan menggunakan aset-aset yang ada dengan sebaik-baiknya untuk menyalurkan bantuan dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengenai kejadian runtuhan tanah berikutan musim tengkujuh, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, kerja-kerja penstabilan cerun di beberapa kawasan berisiko tanah runtuh sedang dijalankan.

Antara kawasan yang terbabit adalah Jalan Kinabalu, Jalan Persekutuan, Jalan Setiawangsa, Jalan Ampang dan Bukit Nanas.

2 thoughts on “VIDEO: Banjir Di Kuala Lumpur, Tak Sampai 5 Minit Air Naik Hingga Paras Kaki

  • December 26, 2014 at 12:16 pm
    Permalink

    BER ISTRI BARU MENJELANG 2015
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan bolehdijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah…

    Reply
  • December 26, 2014 at 12:43 pm
    Permalink

    salam suara.tv
    Terima
    Kasih untuk info yang diberi.
    sedikit pembetulan ejaan bagi beberapa patah perkataan.
    Terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *