Foto “Sweet” Emma Maembong & Zizan Razak Buat Peminat Tak Senang Duduk

Kuala Lumpur – Nampaknya koleksi foto-foto ‘sweet’ aktres Emma Maembong bersama kekasih hati Zizan Razak semasa majlis pernikahan Yaya Maembong membuatkan peminat mereka tidak senang duduk.

Namun jangan salah faham, sebagai peminat mereka begitu teruja dan seronok melihat kebahagiaan pasangan Emma dan Zizan sehingga ada yang mendesak supaya mereka berkahwin.

Malah ada juga peminat menggunakan hashtag #sweetcouplezizanemma di setiap foto mempunyai wajah pasangan tersebut.

Rata-ratanya menunjukkan komen positif dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menunggu giliran Emma dan Zizan bersanding. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *