Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dan beberapa matawang lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian dalam senario dagangan yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka AS (FOMC) pada 21 Feb ini, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya rendah berbanding dolar AS pada hari ini (-0.11 peratus) serta renminbi China (-0.06 peratus) manakala rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).

“Memandangkan pihak bank pusat AS dijangka mengekalkan pendiriannya berhubung dasar monetari, dolar AS sepatutnya mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat ini.

“Ini kerana prospek kemungkinan AS menurunkan kadar faedah utamanya pada mesyuarat Mac depan kini semakin lenyap daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada hanya 11.6 peratus pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.1913/1942 daripada 3.1780/1818 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0358/0408 daripada 6.0117/0186 selain turun berbanding euro kepada 5.1558/1601 daripada 5.1419/1478.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 13.2806/2976 daripada 13.2559/2763 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Selain itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5555/5587 daripada 3.5479/5522 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 306.0/306.5 daripada 305.7/306.0, sebelum ini.

Namun, berbanding peso Filipina, ringgit hampir tidak berubah pada 8.53/8.54 daripada 8.53/8.55 pada Jumaat lepas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat