Archive for December, 2014


December 31, 2014 12:51 pm - Editorial

Kuala Kangsar – Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara, dekat sini, pagi tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 9.20 pagi tadi.    


12:46 pm - Editorial

Cameron Highlands – Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah kongsi di ladang sayur  di Jalan Desa Korina, Kampung Raja telah ditemui oleh pasukan penyelamat  jam 11.30 malam tadi. Warga  Indonesia itu dikenali sebagai Zainullah,27 ditemui pasukan bomba dan penyelamat jam 11.30 malam tadi dalam keadaan tertimbus di lokasi […]


12:43 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Selepas Pulau Pinang dilanda Ribut Langkisau malam tadi yang memusnahkan 20 rumah, Sabah pula dijangka dilanda Ribut Tropika Jangmi, esok.


12:41 pm - Editorial

Kota Bharu – Keadaan kecoh akibat dakwaan rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan mangsa banjir di salah sebuah sekolah di Kedai Lalat, di sini, terlerai.


12:39 pm - Editorial

Kemaman – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di samping meraikan anggota sukarelawan peringkat negeri Terengganu.


12:36 pm - Editorial

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak lagi akan menghantar jemputan kepada PAS bagi menghadiri program anjuran mereka susulan larangan daripada pimpinan pusat parti Islam itu agar ahli mereka tidak terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, menghormati arahan PAS Pusat itu, NGO pro-Pakatan Rakyat (PR) itu memutuskan hanya akan […]


December 30, 2014 10:30 pm - Editorial

Jakarta – Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) berkata hanya tiga mayat berjaya dikeluarkan setakat ini, bukannya 40 mayat seperti laporan awal. “Hari ini kita berjaya mengeluarkan tiga mayat dan kini berada di atas kapal perang Bung Tomok,” ulas Bambang Soelistyo dalam satu sidang media di Jakarta. Tiga mayat itu merupakan dua perempuan dan seorang lelaki. […]


10:16 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Harga petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter mulai 1 Januari tahun depan.


9:38 pm - Editorial

Washington – Pihak pengendali laman sosial paling popular, Facebook terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka apabila penggunanya membuat aduan tidak berpuas hati mengenai aplikasi “Year Review” (Imbasan Tahunan) yang diperkenalkannya. Ia berikutan aplikasi berkenaan, yang memilih gambar-gambar dan peristiwa yang dimuat naik oleh pengguna sepanjang tahun secara automatik sebagai sedutan peristiwa menarik didapati turut memuatkan peristiwa sedih serta tragedi. […]


9:03 pm - Editorial

Manila – Sebuah pesawat milik AirAsia Zest terbabas dari landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Pulau Panay, Filipina, sebentar tadi. Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang (waktu tempatan) itu, pesawat yang membawa 184 penumpang dan anak kapal itu dikatakan mengalami masalah tayar ketika mendarat. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.