Penjaga Stor Kilang Maut Terperangkap Dalam Runtuhan

Bayan Baru – Seorang penjaga stor kilang elektronik, Western Digital (M) Sdn Bhd maut, selepas terperangkap dalam runtuhan di tempat kerjanya di Kampung Jawa, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApps kepada The Rakyat Post berkata, Wan Nazari Wan Mokhtar, 48 tahun, meninggal dunia sebelum mangsa sempat dikeluarkan daripada runtuhan.

Menurutnya, mayat mangsa hanya berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, selepas 55 minit dia tertimbus.

“Kita melakukan kerja-kerja menggerudi batu runtuhan untuk mengeluarkan mangsa.

“Tidak ada mangsa lain yang terperangkap dalam kejadian tersebut,” katanya.

Jurucakap berkenaan memberitahu, bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.56 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Beberapa anggota dikejarkan di tempat kejadian dengan jentera dari Balai Bomba Zon 2, Bayan Baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *