Lukas Podolski Mahu Tinggalkan Arsenal

LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut.

“Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.

“Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.

“Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini,” jelasnya.

podolski

Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja.

Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *